Honda Wave S 125 FOR SALE ---SOLD!!-

- Tahun 2008

- Keadaan baik.

- Enjin masih standard

- Free Box dan kakinya, Helmet 2, Rim Original, Pom, Tube Spare 2, kunci mangga 1.hehehe

- Tayar depan baru beli FKR 80/80/17.

- Harga SOLD (sekali tukar nama). Boleh runding sampai jual.

- Lokasi Papar, Putatan, KK, . Tengok dulu baru tau...

- Motor Tip Top. Fit masih. Jarang Guna. Sekarang ja guna balik p ofis-rumah sebab bini n anak2 di kampung, Papar.

** BERMINAT CALL/SMS 0168286114 (DINO)--BILA2 JA BRO...

** EMAIL dz380@yahoo.com



















Muhammad Iman bin Adino

Salam all.... Lama sudah ni nda update blog. sibuk. penat.. sakit.. hehehe.. Syukur alhamdulillah, isteri aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.25kg pada 3hb Disember 2010 jam 12pm tepat bersamaan dengan hari Jumaat. Bayi lelaki kami namakan Muhammad Iman. Gambar aku banyak.. tapi semua di Facebook. Cari ja Dinotoshi Nakata.

Iman tidak kena 'kuning'. Syukur Alhamdulillah.. wife pun branak normal. Kami memang plan mau melahirkan di klinik swasta atas sebab2 yang banyak sebab. tanya la kawan2 yang tau tu kenapa kami tidak mau branak di hospital kerajaan.

Sekarang isteri aku berpantang di Papar. ok la juga.. ada juga orang tolong jaga..

Nanti aku update lagi dengan gambar ya..

DSLR : Which 1 Should I Buy???

Which one should i buy... ~ Hhmm...

(1)
DSLR D3100
Announced : 19-08-2010
14.1 megapixels
An entry level digital-SLR camera with a new CMOS image sensor, image-processing engine and helpful Guide mode that makes capturing beautiful images easy.

Price: RSP RM 2,198.00 (with AF-S DX NIKKOR 18-55mm f/3.5-5.6G VR); RSP RM 1,798 (body only)

Nikon (Malaysia) Sdn Bhd

(2)


EISA AWARD - Best Product 2008-2009 - Consumer Camera

--10.1 megapixels APS-C size CMOS sensor

--DIGIC III imaging processor for fine-detail, and natural colour processing.

--Picture Styles optimized for the photographic subject and intention

Price : EOS 1000D Kit (EFS 18-55) RM 1,899.00

Canon EOS 1000D Kit (EFS 18-55) (Malaysia)



(3)

-- 15.1 megapixels APS-C sized CMOS sensor for high resolution images of superb quality and details

--DIGIC 4 Imaging Processor’s 14-bit A/D conversion gives rapid processing speeds while maintaining fine detail and accurate colour reproduction

--Auto Lighting Optimizer function with 4 settings (Standard, low, strong and disable) - Analyzes the brightness of the photographic subject, and automatically corrects the dark parts to make them brighter.
Price: EOS 500D Kit(EF-S 18-55) RM2,488.00

Canon EOS 500D Kit (EF-S 18-55) (Malaysia)



Isteriku mau besalin!

Hihs... Dalam kadaan serang ni la juga macam2 arahan di bagi.. (kerja la). Pastu tadi biniku call, dia mau p klinik.. cek dulu . dia sakit2 perut sudah. kalau kena tahan baru aku cuti. Hish.. 'nerves' juga la aku sekarang ni... mudah2an semuanya selamat. Doakan ya~

Pindah bangunan baru / SKT / STATISTIK / Isteri bersalin

Lama nda update blog.. tiada masa bah. Sibuk terlibat 'secara nda langsung' dengan pemindahan ni.. mula2 cakap 'Yang tidak terlibat jangan nak menyibuk, buat kerja masing2..'. Sekali semua kursus, kami juga yang dipanggil.. dupang! pastu dalam masa yang sama suru kita buat SKT lagi.. Tarikh tamat pun cepat betul dibagi.. 3 4 hari ja.. Mana lagi risau biniku mau bersalin.. Due dia 26/11/10 (jumaat) . Harap2 la nda terlebih hari.. risau eh..

Photographer : Bagus ka Tidak ah?????

Hmm... ni barang kan lama bah sudah aku mau buat ni... tapi teda masa sama teda DUIT.. Dulu selalu tingu2 orang ja. Memang unik juga ni hobby kalau buat betul2.. Kualiti gambar yang dihasilkan memang puas hati la...

Tapi, banyak juga yang mau dipikir ni.. dari segi DUIT... hehehe.. aAlaaa... Orang cakap kan, kalau Hendak seribu daya, Tak hendak seribu dalih! hehehe.




Ni la antara kamera yang aku target... .. tapi bukan la model yang ini.. asal Nikon bah.. Tapi Sony pun ok bah kan.. Murah sikit la dari ini.. Untuk Beginer ok la tu kan.. bukan PRO pun...


HHHMMMMMMMMMMMMMMMMMMmmmmmmmm.... SAbar~ Kumpul Duit Dulu.

My First Bread Making~ Lucu deh~

Selalunya kalau kita tengok filem Hindi atau filem Tamil, staring kalah awal kan?~ hehehe.. Jadi aku ni kira staring la dalam ini cerita...aku gagal dalam percubaan pertama aku buat Bong Bread (Maka roti biasa ja pun. Pengaruh drama Korea "Baker King, Kim Tak Goo").

Bahan semua ikut resepi, tapi apa kan daya... aku tiada mixer untuk menguli tepung sampai sebati. aku just uli dengan tangan ja. Da la tepung tu kental, lebih 1 jam aku uli di besin kecil.. Tepung tu masih juga melekat di tangan (mengikut resipi asal, tepung harusla di uli hingga tidak melekat di tangan barula dough cukup kembang dan sedia untuk di bakar). Ataupun mungkin teknik menguli tepung aku silap. Tau2 la kan 'bidan terjun'..

At 1st tu memang nampak macam jadi ja... dough memang naik 2x ganda dari saiz asal sebab ada yis. Yakin lah ni kononnya... hehehehe.. Start masuk dalam oven memang macam real!!! Siap nampak lagi bread tu kembang dan masak.

TING!!!!... Bunyi ja timer tu terus buka.. semangat aku masa tu mengalahkan tem aku mau main bola. 2 minit ja aku biar sekejap, terus aku koyak sikit dihujung.. konon2 mau test la ni.. Hahahahahah!!! Rupa memang macam JADI sudah~ tapi sekali pegang... aduuuhhhh~ masi tebal. Apa tidak, tepung belum diuli sepenuhnya suda dibakar.. HAhaha. Tapi rasa dia ngam2 sudah. macam Roti paun Gardenia.. hhehehhehe... Macam ja.. bukan sama.

Nah tengok la kamu hasilnya.. heheheh. nda pa... Next time aku try, mesti jadi punya.. Next time aku mau cuba yang ada inti pula.. Jom! kita buat bread!


Macam di kadai kan??



Cuba kamu tengok... Tebal kan masih~



Bagus buat mee lagi kan.. mo cari resipi mee la lagi~ BYE

Upin dan Ipin


"Hai, saya Upin. Ini adik saya Ipin. Ini kisah kami berdua"

Hehehehe... Ini la ayat yang selalu si Widad dengar. Nasib la dengan adanya cerita Upin Ipin di laptop aku, senang sikit kami rehat n buat kerja. Kalau dulu, sebelum dia tau pasal Upin Ipin ni main ja. Pastu terpaksa di pantau lagi tu kalau dia main.. Bah, budak2 kan.. mana juga kita mau jadi apa2 sama dorang. Dorang bukan tau tu apa yang boleh buat apa yang tidak. Tapi lepas dia rajin tengok Upin Ipin ni best! Asal sampai rumah dari balik kerja, mesti "..abah / mama , pim pim (upin).."

Pasang ja. kalau 1 jam cerita tu, 1 jam la dia main atas tilam ja. kan senang.. hehehe. Kami yang tukang pasang ni pun lama2 minat juga.. aku paling suka karektor si Mail. Cool ja dia bah.. hehehe.. selalunya dia buat salah tapi teda rasa bersalah.. haHahaha! si Ehsan (Intan Payung~) pun best.. Anak orang kaya yang dapat apa saja yang dia mau. pastu temberang lagi tu.. ehehhe ... pengikut dia si Fizi. hehehehe.. Best lah..


Best kan kan kan kan kan kan????~

Cikgu Rizal

Ini Cikgu Rizal (Kazen biniku). Dulu dia mengajar di SMK Sanzac tempat aku skolah dulu tahun 1998 - 1999. Cikgu ni warden kami. Masa aku tinggal asrama dia la paling ditakuti..

Beberapa tahun lepas dia mengalami sakit yang kronik.. Macam2 penyakit. kesian juga aku bah.. Dulu manada macam ni badan dia. Gemuk bah ni.. Pernah hari tu dia ditahan di ICU beberapa bulan.. Biniku yang p melawat dia di HQE. Masuk hos sana, hos sini.. teruk~ Tapi syukur Allah masih memerlukan dia untuk menerajui kehidupan bersama keluarganya.

Masa ni aku jumpa dia di Majlis Pernihakan anak buah biniku di Kg. Surati Papar. walaupun memerlukan tongkat untuk berjalan, kira ok la tu.. Alhamdulillah..~ Semoga Cikgu Rizal a.k.a Abang Rizal semakin sihat dan panjang umur, murah rezeki. AMIN~

Buah kembayau paling BESAR!!!!

Naaaa... kali ani tah.. gambaa ni aku talihat di blog uwang Baunai. Takinjat ku itu bananya.. pikii ku bana.. hehehhee.. skali ku tuunkan gambaa tu upanya ada jelama di bawah. Mun bana bah, adakan dimakan ni, nda dapat sauwang nih ngabiskan. hehehe.. aing hangat kah tu jua. mun kuang2 3 tangki aing alum limpas ni kan nulus kembayau yang basaa ni.. Aie lain tah mun ke nuhun, kan ku hunjaa kambayau ni. Hehehe..

Naaa... kali ni la. Gambar ni aku nampak di blog orang Brunei. Tekejut betul aku. Aku fikir betul. Hehehe. Sekali aku skrol ke bawah gambar tu rupanya ada orang di bawah. Kalau betul puas la makan, tidak boleh sorang habiskan. Hehehe.. Air panas lagi, kalau tiada 3 tangki air belum cukup mau rendam kemabayau yang besar ni... Lain kali lah kalau ke sana, aku mau cari kembayau ni.. Hehehe...

Roti Paun cicah dengan Pengat Durian???


Haaaa.... Makanan ni aku 'jumpa' masa aku kursus di UiTM Shah Alam.. Dari Borneo (Sabah & Sarawak) aku jak sorang.

So sepanjang aku di sana bermacam2 perkara yang berlaku. Yang Ok dan yang x Ok.. Sudah la masa dari KKIA tu flight delay. Sampai ja aku di KLIA dalam jam 10pm. Nasib ada teksi. Bajet2 kunun kalau sampai hostel Kolej Mawar tu aku boleh terus tidur.. Tau2 ter'delay' juga sebab proses penyerahan kunci antara pengawal shift pagi n malam bercelaru sikit. Tapi Alhamdulillah la.. jumpa juga. itu pun dekat2 jam 12am~! Esok paginya aku ada kelas lagi tu.

Aku serumah dengan staf dari Terengganu. Hamyasha @ Mat Ganu. Terus terang aku cakap..1st time jumpa and berkomunikasi ngan dia tu macam ayam dengan itik.. aku cakap slang Sabah, dia dengan slang T'ganu. Tapi sekejap ja la .. dalam beberapa jam ja kami 'klik'... dia cakap bahasa itik pun aku paham dah, aku cakap bahasa ayam pun dia paham. hehehe. Takdok masaloh pung..

Kalau kursus ni biasala.. makan minum harus yang 'paling menang'.. DISINI la aku jumpa ni makanan.. kalau aku nda silap time tu minum petang. Memandangkan aku sorang ja yang nda pernah makan ni barang, so aku diam2 la. Aku kasi chan dulu diorang ambil. Aku perhatikan camana cara diorang makan. Sebab dalam pemerhatian aku, dulang pertama ada roti paun (kosong).... dulang ke dua ada kuih lain la... dulang ke tiga ada pengat durian @ Durian Paste. Aiks??? Apa kena mengena sama dua kuih tadi? Aku terus pura2 terlupa ambil gelas. Sana la aku sempat tengok camana orang makan.. Ooooo rupa2nya roti paun tu cicah di pengat tu..

Oleh sebab jiwa didalam ni bergelora dan meronta2 ingin tahu segala2 tentang menu 'pelik'(sorry ah tapi for me yes...) ni, aku memberanikan diri untuk bertanya. Hahaha.. know what?? Diorang ketawakan aku.. aku pun ikut la ketawa juga walaupun 'kuyak' sudah. Time tu la juga aku terus ambil gambar ni, cover2 malu. Bagi diorang di semenanjung, menu ni biasa ja. Cuma cara hidangan saja berbeza mengikut negeri. Sorry la ah orang Sabah kalau menu ni Sabah pun ada...masalahnya aku nda pernah jumpa. Tapi kan....~ Ini la menu yang tidak akan aku lupakan sepanjang hidup aku.. Simple but unik. Pasni kita cuba la ya.. Sedap!!!! Serius ni.. SEDAP

Juara Piala Malaysia 2010


Perlawanan akhir Piala Malaysia 2010menyaksikan pertembungan semula antara pasaukan Negeri Sembilan dan Kelantan. Pada minit2 awal lagi N9 mendahului dengan jaringan pertama melalui sepakan penalti. Kelantan cuba untuk mendapatkan gol penyamaan namun sering dipatahkan oleh kekentalan barisan pertahan pasukan N9 yang diketuai oleh kapten pasukan iaitu Aidil Zaquan. Jaringan 1-0 berlarutan hingga berakhir separuh masa pertama.
Sepanjang tempoh separuh masa pertama, walaupun N9 menguasai 55% permainan namun Kelantan lebih menampakkan hasil daripada serangan2 yang dilakukan. Ini terbukti berdasarkan statistik perlawanan yang mana Kelantan mendapat 7kali sepakan sudut berbanding N9 yang masih belum mendapat sebarang sepakan sudut. Kad kuning pertama dilayangkan kepada pemain N9 Muhammad Shukor Adan.

Separuh masa bermula dengan rancak dimana kedua2 pasukan mempamerkan permainan secara pantas dan berbalas serangan. N9 sudah mula dapat merasakan bahang kekalahan apabila kapten pasukan mereka yang juga 'pemain kunci' bagi pasukan N9 iaitu Aidil Zaquan mengalami kecederaan teruk dan terpaksa diusung keluar padang ke bilik persalinan. Kekurangan tunggak utama N9 di bahagian pertahanan memberi peluang kepada pasukan Kelantan untuk mendapatkan gol penyamaan. Gol penyamaan Kelantan hadir hasil dari hantaran lintang dari sebelah kiri pintu gol N9 dan ditanduk cantik oleh Hairudin Omar untuk meletakkan Kelantan 1 N9 1. Sebaik saja gol penyamaan itu pemain pasukan Kelantan seperti diberi nafas baru. Dengan sorakan penyokong yang membanjiri Stadium Bukit Jalil, Kelantan mendapat gol kemenangan hasil dari gerakan cantik pemain tengah yang bergerak secara solo dari luar kotak penalti dan menewaskan pemain pertahanan N9 yang meledakkan gol ke gawang N9 menjadikan Kelantan kini mendahului 2-1.

Kedudukan 2-1 bertahan hingga keahkir perlawanan dan menyaksikan juara bertahan Negeri Sembilan tewas ditangan naib juara Piala Malaysia 2009. Dengan tertiupnya wisel dari pengadil perlawanan maka berakhirlah sudah kempen Piala Malaysia 2010 dimana Kelantan telah dinobatkan sebagai Juara Piala Malaysia 2010!!!


*** Tahniah buat Kelantan. Untuk pasukan Sabah FA, nda pa bah kita kalah tahun ni. Logot Logot kita ah.. Yang penting next season kita masuk ke LIGA SUPER. Palan-palan gia ... Semoga Pasukan Sabah FA terus maju untuk masa2 akan datang! Sabah Tatap Manang!!! Aramai tee!

ALYA DIYANAH

Aku masih ingat lagi masa Faezah mengandung anak pertama dulu. Once aku tau dia pregnant, aku rasa aku lah manusia paling happy di dunia ni. Hubungan kami semakin bahagia. Sembilan bulan kami menempuh macam2 cabaran dan dugaan. Tau2 ja la kan, 1st time mahu menyambut zuriat. Segala2nya baru bagi kami terutama Faezah. Pantang larang dari segi perbuatan dan pemakanan. Dulu2 aku sangka perempuan saja ni berpantang…tau2 suami pun nda kurang dengan pantang. Hehhee…

Masa berjalan cepat betul masa tu.. tidak sedar tau2 9bulan sudah Faezah mengandung. Aku masih ingat lagi masa tu kena hari sabtu malam. Aku tekejut betul masa Faezah bagitau yang ada darah keluar. Tapi kakak ipar aku pesan jangan panik, tunggu dulu sampai besok. Kalau masih lagi berdarah konfom tanda2 mau melahirkan anak. Dengan perasaan yang berdebar kami redah juga malam tu macam biasa. Esok pagi terus kami cek. Tiada berdarah. Masih lagi kami boleh jalan2 siang tu. Petang tu la bermula satu pengalaman baru bagi hidup kami. Darah masih keluar. Tapi tidak banyak. Kebetulan mommy daddy and kakak ada di kk. Agak2 petang kami sampai di Hospital Likas.


Doktor yang membuat pemeriksaan tu mengesahkan memang tanda2 mau bersalin sudah.. Syukur Alhamdulillah! Aku balik rumah Uncle Met sekejap ja untuk mandi. Kebetulan rumah Uncle Met di Kingfisher. Lepas aku datang balik ke Hospital Likas family aku balik sebab lama betul sudah Faezah di bilik pemeriksaan. Doktor cakap bukaan rongga pinggul masi kecil. Nasib baik la anak pertama. Orang cakap kalau anak pertama ni tempoh masa dari tanda2 kecil hingga masa melahirkan tu lama. Aku sudah lah risau Faezah belum keluar lagi dari bilik pemeriksaan, HP pun ‘low-bet’. Faezah pun tidak bawa HP dia.. hish. Masa tu Tuhan saja yang tahu macamana aku gelisah. Lama juga aku tunggu, sampai tertidur2 aku di bangku menunggu tu. Air-cond sana sejuk kalah2 puncak Gunung Kinabalu! Gila eh… Tapi ramai juga bah orang tidur sana. Kebanyakan lelaki la, konfom2 la suami tunggu bini dorang besalin kan.


Aku pun nda tau masa bila aku tertidur, masa bila HP aku terus Off. Yang aku sedar doktor Cina tu bangunkan aku .. “..Kamu punya isteri ka..” . belum pun habis dia becakap terus aku bangun dan berlari ke bilik bersalin. Doktor tu yang kejar aku terus dia guide aku ke bilik Faezah bersalin. Ya ALLAH!! Aku nampak kepala anakku keluar sikit. Fazeah tengah bertarung. Dia tidak sempat lagi tunggu aku. Nasib doktor tu terjumpa juga aku setelah balik2 call HP aku. Tidak sempat lagi aku pakai baju doktor yang sepatutnya aku pakai untuk ‘Father Friendly’. Kami bersyukur kerana Allah telah mendengar doa kami untuk mempermudahkan proses bersalin ini. Ahirnya tepat jam 2:20am, 16 Februari 2009 bersamaan hari Isnin baby pertama kami telah selamat dilahirkan dengan berat 2.8kg. Comel sangat~ Aku bangga dengan Faezah yang kuat melawan kesakitan untuk melahirkan anak kami.


Sekarang aku faham sudah kenapa orang selalu cakap “Syurga di bawah telapak kaki Ibu”. Sakit pula kan mengandung and melahirkan anak ni. Tapi sekarang Faezah mengandung lagi. Anak kedua. Due 26 November 2010. Harap semua berjalan lancar.


Disini aku mau kongsi kenangan2 kami bersama si ALYA DIYANAH @ WIDAD dari dia lahir sampai la sekarang ….




Baru ja beberapa minit Widad lahir. Cute kan???



































































Aku potong rambut dia.. Rata kan?


Panjang sudah sikit kan rambut dia di depan.









Skali aku potong lagi daaaa.... Lagi cute.. wahahahhaha...








Makin nakal ooooo












Testing tudung raya

















Ini saja gambar sempat aku upload.. banyak lagi ni sebenarnya.. beribu2 keping.. tapi nda sempat cari.. susah.. next time la..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...