
Perlawanan akhir Piala Malaysia 2010menyaksikan pertembungan semula antara pasaukan Negeri Sembilan dan Kelantan. Pada minit2 awal lagi N9 mendahului dengan jaringan pertama melalui sepakan penalti. Kelantan cuba untuk mendapatkan gol penyamaan namun sering dipatahkan oleh kekentalan barisan pertahan pasukan N9 yang diketuai oleh kapten pasukan iaitu Aidil Zaquan. Jaringan 1-0 berlarutan hingga berakhir separuh masa pertama.
Sepanjang tempoh separuh masa pertama, walaupun N9 menguasai 55% permainan namun Kelantan lebih menampakkan hasil daripada serangan2 yang dilakukan. Ini terbukti berdasarkan statistik perlawanan yang mana Kelantan mendapat 7kali sepakan sudut berbanding N9 yang masih belum mendapat sebarang sepakan sudut. Kad kuning pertama dilayangkan kepada pemain N9 Muhammad Shukor Adan.
Separuh masa bermula dengan rancak dimana kedua2 pasukan mempamerkan permainan secara pantas dan berbalas serangan. N9 sudah mula dapat merasakan bahang kekalahan apabila kapten pasukan mereka yang juga 'pemain kunci' bagi pasukan N9 iaitu Aidil Zaquan mengalami kecederaan teruk dan terpaksa diusung keluar padang ke bilik persalinan. Kekurangan tunggak utama N9 di bahagian pertahanan memberi peluang kepada pasukan Kelantan untuk mendapatkan gol penyamaan. Gol penyamaan Kelantan hadir hasil dari hantaran lintang dari sebelah kiri pintu gol N9 dan ditanduk cantik oleh Hairudin Omar untuk meletakkan Kelantan 1 N9 1. Sebaik saja gol penyamaan itu pemain pasukan Kelantan seperti diberi nafas baru. Dengan sorakan penyokong yang membanjiri Stadium Bukit Jalil, Kelantan mendapat gol kemenangan hasil dari gerakan cantik pemain tengah yang bergerak secara solo dari luar kotak penalti dan menewaskan pemain pertahanan N9 yang meledakkan gol ke gawang N9 menjadikan Kelantan kini mendahului 2-1.
Kedudukan 2-1 bertahan hingga keahkir perlawanan dan menyaksikan juara bertahan Negeri Sembilan tewas ditangan naib juara Piala Malaysia 2009. Dengan tertiupnya wisel dari pengadil perlawanan maka berakhirlah sudah kempen Piala Malaysia 2010 dimana Kelantan telah dinobatkan sebagai Juara Piala Malaysia 2010!!!
*** Tahniah buat Kelantan. Untuk pasukan Sabah FA, nda pa bah kita kalah tahun ni. Logot Logot kita ah.. Yang penting next season kita masuk ke LIGA SUPER. Palan-palan gia ... Semoga Pasukan Sabah FA terus maju untuk masa2 akan datang! Sabah Tatap Manang!!! Aramai tee!
No comments:
Post a Comment