Kerja Kerja Kerja~

Siapa yang tidak senang hati, tidak happy kalau dapat kerja tetap.. kerajaan lagi tu. kan kan?? Elaun banyak, gaji besar, kemudahan banyak, aktiviti pun banyak, kerja rilex sikit.. kalau dibandingkan dengan kerja swasta, jauh lebih bagus kan. Kerja swasta ni apa la juga kalau stakat kau kerani. Tapi kan ging...kalau kena dengan apa yang terjadi dengan aku and da geng ni, berbeza. memang berbeza. Ya la.. yang lain2 tu mcm elaun, kemudahan tu semua kami dapat juga. Tapi....kami TIDAK HAPPY kerja sini. kalau mau di cakap masalah kerja tu, tidak juga. Kerja sini senang. Kami sini Stress.. Aku Stress. Tekanan. Hinggakan segala keindahan kenikmatan yang aku dapat seolah olah tiada makna. Bagus lagi aku kerja penat. bejemur di panas. gaji kecil. pakaian kotor..asalkan hati aku senang, tenang, happy tanpa stress.. betul ka tidak??
Kamu rasa seronok ka kerja tu kalau setiap hari kamu bangun tidur timbul perasaan benci mau ke pejabat. bosan mau masuk pejabat. marah.. Padahal belum lagi jam 6am. mood kita suda dibebani sama benda2 macam tu.. semuanya berpunca dari pengurusan yang tidak profesional! terlalu mengikut emosi tanpa memikirkan orang2 yang dibawah. cakap senang la. yang dia mau tau siap.. tapi proses membuat tu dia tidak mau tau. mau cepat cepat! kita yang sengsara. apa yang hendak disuarakan, tidak diterima. Tanpa difikirkan terus ditolak bulat². Kita ni manusia yang serba kekurangan..tidak semua antara kita yang mampu mengawal emosi kita. Benda begini la yang paling ditakuti akan berlaku. Kalau 2 3kali tu boleh lagi sabar. Tapi kalau ada masanya meletup juga.
Apa yang ku takutkan tu terjadi juga kemarin. Aku melawan cakap atasan, meninggikan suara..cakap bukan2.. hhmm... Aku rasa memang bukan 'jodoh' aku kerja di sini.. Seperti kata ibu bapa aku.. "..Nda pa, rezeki tu bukan dari dia...Tapi dari ALLAH. Kalau kita berusaha, di Pakistan pun kita boleh berjaya..." hehehe.. Thanks to Mommy, Daddy, Sist and my lovely Wife. Tanpa kamu aku nda boleh menempuh dugaan ALLAH ini.
Ya ALLAH, ampunkanlah segala dosa² yang telah kulakukan. Berikanlah hambaMu ini kekuatan untuk mengharungi segala ujianMu... Amin~ :((

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...