ALYA DIYANAH

Aku masih ingat lagi masa Faezah mengandung anak pertama dulu. Once aku tau dia pregnant, aku rasa aku lah manusia paling happy di dunia ni. Hubungan kami semakin bahagia. Sembilan bulan kami menempuh macam2 cabaran dan dugaan. Tau2 ja la kan, 1st time mahu menyambut zuriat. Segala2nya baru bagi kami terutama Faezah. Pantang larang dari segi perbuatan dan pemakanan. Dulu2 aku sangka perempuan saja ni berpantang…tau2 suami pun nda kurang dengan pantang. Hehhee…

Masa berjalan cepat betul masa tu.. tidak sedar tau2 9bulan sudah Faezah mengandung. Aku masih ingat lagi masa tu kena hari sabtu malam. Aku tekejut betul masa Faezah bagitau yang ada darah keluar. Tapi kakak ipar aku pesan jangan panik, tunggu dulu sampai besok. Kalau masih lagi berdarah konfom tanda2 mau melahirkan anak. Dengan perasaan yang berdebar kami redah juga malam tu macam biasa. Esok pagi terus kami cek. Tiada berdarah. Masih lagi kami boleh jalan2 siang tu. Petang tu la bermula satu pengalaman baru bagi hidup kami. Darah masih keluar. Tapi tidak banyak. Kebetulan mommy daddy and kakak ada di kk. Agak2 petang kami sampai di Hospital Likas.


Doktor yang membuat pemeriksaan tu mengesahkan memang tanda2 mau bersalin sudah.. Syukur Alhamdulillah! Aku balik rumah Uncle Met sekejap ja untuk mandi. Kebetulan rumah Uncle Met di Kingfisher. Lepas aku datang balik ke Hospital Likas family aku balik sebab lama betul sudah Faezah di bilik pemeriksaan. Doktor cakap bukaan rongga pinggul masi kecil. Nasib baik la anak pertama. Orang cakap kalau anak pertama ni tempoh masa dari tanda2 kecil hingga masa melahirkan tu lama. Aku sudah lah risau Faezah belum keluar lagi dari bilik pemeriksaan, HP pun ‘low-bet’. Faezah pun tidak bawa HP dia.. hish. Masa tu Tuhan saja yang tahu macamana aku gelisah. Lama juga aku tunggu, sampai tertidur2 aku di bangku menunggu tu. Air-cond sana sejuk kalah2 puncak Gunung Kinabalu! Gila eh… Tapi ramai juga bah orang tidur sana. Kebanyakan lelaki la, konfom2 la suami tunggu bini dorang besalin kan.


Aku pun nda tau masa bila aku tertidur, masa bila HP aku terus Off. Yang aku sedar doktor Cina tu bangunkan aku .. “..Kamu punya isteri ka..” . belum pun habis dia becakap terus aku bangun dan berlari ke bilik bersalin. Doktor tu yang kejar aku terus dia guide aku ke bilik Faezah bersalin. Ya ALLAH!! Aku nampak kepala anakku keluar sikit. Fazeah tengah bertarung. Dia tidak sempat lagi tunggu aku. Nasib doktor tu terjumpa juga aku setelah balik2 call HP aku. Tidak sempat lagi aku pakai baju doktor yang sepatutnya aku pakai untuk ‘Father Friendly’. Kami bersyukur kerana Allah telah mendengar doa kami untuk mempermudahkan proses bersalin ini. Ahirnya tepat jam 2:20am, 16 Februari 2009 bersamaan hari Isnin baby pertama kami telah selamat dilahirkan dengan berat 2.8kg. Comel sangat~ Aku bangga dengan Faezah yang kuat melawan kesakitan untuk melahirkan anak kami.


Sekarang aku faham sudah kenapa orang selalu cakap “Syurga di bawah telapak kaki Ibu”. Sakit pula kan mengandung and melahirkan anak ni. Tapi sekarang Faezah mengandung lagi. Anak kedua. Due 26 November 2010. Harap semua berjalan lancar.


Disini aku mau kongsi kenangan2 kami bersama si ALYA DIYANAH @ WIDAD dari dia lahir sampai la sekarang ….




Baru ja beberapa minit Widad lahir. Cute kan???



































































Aku potong rambut dia.. Rata kan?


Panjang sudah sikit kan rambut dia di depan.









Skali aku potong lagi daaaa.... Lagi cute.. wahahahhaha...








Makin nakal ooooo












Testing tudung raya

















Ini saja gambar sempat aku upload.. banyak lagi ni sebenarnya.. beribu2 keping.. tapi nda sempat cari.. susah.. next time la..

1 comment:

mizayusof said...

alahai widad. comel betul. geram tengok . rasa nak cubit-cubit. hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...